Wednesday 30 May 2012

SEKILAS PANDANG


Alhamdulillah...berakhir sudah impian kami 3 sekawan berkampung selama 5 hari di Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sempena sambutan hari guru kali ke 41 tahun ini dengan tema GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Peluang ini  di gunakan  sebaik mungkin untuk kami berkongsi perniagaan kami  dengan guru guru semua. Kepada semua guru guru yang sudi mengunjungi gerai kami terima kasih di ucapkan.  


Sempena hari guru ini saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan  bait bait puisi indah karya Allahyarham Dato Usman Awang, untuk tatapan semua.




Sekalung penghargaan terima kasih yang tak terhingga buat En.Azizi, Cikgu Noor Azira, Cikgu Izzalizalora, Pn.Sharifah Rodiah, Pn.Hasnah Awang, En.Ridza Raof, En Meor Jamil, Pn.Maziah Safuan, En.Rasdi, Pn.Nor Shamha, Pn.Asmah, Pn.Ramlah Abas dan semua yang mengunjungi gerai kami.

Tidak lupa juga buat semua warga pendidik di Sek.Keb.Bukit Abal, Sek.Men. Bukit Jawa, Sek.Men.Vokasional Tanah Merah, Kelantan.  Pengorbanan kalian semua tetap kami kenang.



SEBAHAGIAN DARIPADA PRODUK KAMI

e-MUM'S WORKING FROM HOME ( Tudung Kuzie Kuala Limpur, Secret by Hani A.M.N, Emma Beauty)

TEMPAT KAMI BERISTIREHAT( ala ala hotel  di zaman p.ramlee gitu), salah satu bangunan peningalan sejarah yang masih terpelihara.
TUDUNG KUZIE KUALA LUMPUR
SEBAHAGIAN KOLEKSI ENTITI RAMA RAMA
EMMA & AESTHETIC4SKIN




All the best to my lovely friends....



Sunday 27 May 2012

KANSER OH KANSER.....Macam mana kau boleh wujud????? ?


TAHU KAH ANDA????????

  1. KANSER PAYU DARA merupakan  pembunuh WANITA PERTAMA
  2. Kanser Payu Dara biasanya menyerang wanita yang berumur 40 - 50 tahun terutamanya wanita berumur lingkungan tempoh menopos.
  3. 1 daripada 14 orang bangsa Cina berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  4. 1 daripada 16 orang bangsa India berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  5. 1 daripada 24 orang bangsa Melayu berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  6. Kanser Payu Dara tidak semestinya di akibatkan oleh keturunan. 85% penghidap Kanser Payu Dara tidak mempunyai rekod Kanser Payu Dara di kalangan ahli keluarganya.
  7. Lebih kurang 70 - 80% kes Kanser Payu Dara dikesan hanya pada peringkat ke 3 atau ke 4 ( peringkat terakhir)
  8. Kanser serviks ( pangkal rahim ) merupakan Kanser Kedua Biasa bagi wanita. Ia juga Pembunuh Kedua bagi wanita di Malaysia.
  9. 99% Kanser serviks disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV)
  10. Wanita yang berumur 40 - 50 tahun berisiko tinggi diserang Kanser Serviks.
  11. Kanser serviks pada peringkat awal tidak akan memberi sebarang tanda atau kesakitan.
  12. Apabila menjadi teruk, salah 1 atau lebih tanda berikut akan tertunjuk:-
    • Berdarah ( bukan ketika haid)
    • Discharge menjadi lebih banyak
    • Sakit bahagian pinggan/punggul
    • Sakit ketika seks.
WAHAI WANITA WANITA SEKALIAN, SUDAHKAN ANDA MENJALANI PEMERIKSAAN SAKIT PUAN.
- sesungguhnya MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.
renung renungkan lah untuk kita semua.

FIBROID
KANSER PAYU DARA
KANSER RAHIM
YA ALLAH, Ya Tuhanku, Tuhan yang menciptakan alam, sesungguhnya engkau Maha Mengentahui yang tersurat dan tersirat. Aku memohon kepada mu Ya Rabil Alamin, engkau hindari diri ku, anak anak ku, saudara mara ku,  kawan kawan ku, dan semua kaum muslimin dan muslimat daripada penyakit merbahaya ini. Sesungguhnya jangan lah kau uji kami dengan ujian yang tidak tertanggung oleh Kami.  AMIN ya Rabil Alamin.



Friday 25 May 2012

PAK NGAH HERBS

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu dan isteri kepada 5 orang anak. Saya melahirkan anak yang pertama pada 1999 secara pembedahan, Doktor kata anak aku 'Flex Breech' kira kiranya songsang lah...

Siapa yang boleh terangkan kesakitan di waktu ini?????

 Emmmm.......selamba je pergi hospital, tak takut langsung. Siap bercerita lagi dengan Doktor yang bedah tu....Lepas kena bedah! ooooo begini rasanya...sakit!!! nak batuk sakit, nak gelak sakit, nak jalan sakit....semua rasa x selesa untuk beberapa minggu. Sekarang anak yang aku lahirkan dah jadi anak dara pun.
NURFAZRINIE BT RAHIMI


Tahun 2001, nak beranak lagi! kali ni setiap kali ultrasound pun masih lagi songsang sampai lah dah masuk bulan ke 8. Ya  Allah, tahu lah macam mana panic nya saya mengenangkan kesejukan, kesakitan,.. memang nekad tak nak di bedah lagi untuk kali ke dua. Macam macam ikhtiar, jumpa bidan kampung, urut, buah kelapa, tak juga menjadi....Hingga lah suatu hari terdengar dalam Rancangan NONA terbitan TV3 ada menyiarkan segmen pasal BIDAN LELAKI. Apa lagi...cepat cepat saya telefon TV3 , minta sambungkan ke bahagian unit NONA, fuhhh lega. dapat no telefon BIDAN LELAKI ni. Nekad hati memang nak cuba dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari beliau.

Satu tarikh temujanji di buat, masa ni kandungan baby  dah besar sangat..perut pun dah betul betul penuh...BIDAN pun takut nak pusing katanya. Tak pe lah dia cuba sebab saya begitu bersungguh sungguh tak nak di bedah untuk kali ke 2. Boleh tahan juga lah menahan kesakitan, teknik pernafasan yang betul sangat sangat memainkan peranan ketika ini.

Balik je, terus ke klinik, nak scan, betul ke baby ni dah pusing....Alhamdulillah, dah pusing dan Pak Ngah terus 'lock' baby supaya tidak akan berpusing lagi...Sejak dari itu saya terus mendapatkan khidmatan susulan sehinggalah lahir baby...ambik kau..baby boy 4kg!!!!!

MUHAMMAD IZZAT FARHAN B. RAHIMI


Sejak dari itu, saya sentiasa mendapatkan rawatan urut, bekam dan bekalan ubat ubatan herba sampailah lahirnya anak yang ke 5. 

Rupa rupanya pengacara nona, NURFARAHIN JAMSARI pun berbidan dengan Pak Ngah, dan Pak Ngah juga merupakan bidan keluarga mereka sejak dari dulu lagi.

"Menariknya, bidan yang menemani Nurfarahin sepanjang tempoh beliau berpantang bukanlah wanita.
"Haris Fathilah Ahamad atau Pak Ngah yang menjaga saya sepanjang saya berpantang selepas melahirkan keempat-empat anak saya.
"Beliau merupakan bidan dan pakar perubatan tradisional yang memperkenalkan pelbagai petua tradisi, memberi nasihat, membimbing dan mengajar segala yang perlu untuk saya menempuh waktu berpantang dengan selamat," kongsinya yang menyebut kehadiran suami juga penting untuk sokongan emosi dan rohani setiap ibu baru bersalin.
Ditanya sebab beliau memilih bidan lelaki, Nurfarahin meminta agar pembaca melihat situasi ini sebagaimana seorang pesakit wanita mendapatkan khidmat pakar sakit puan dari kalangan lelaki.
"Tambahan, Pak Ngah merupakan bidan kepada keluarga kami sejak lama dahulu. Yang penting saya selesa dengannya. Sekali-sekala ada juga saya berselisih pendapat dengannya, maklumlah saya banyak bertanya," ujar Nurfarahin."



Finally.....
RINIE,IZZAT,AIN, HAIQAL, ANA

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan rakan yang berminat untuk CANTIK DALAM, CANTIK LUAR. dengan mengamalkan adunan herba herba asli Pak Ngah.


RM  38.00 ( TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)



RM 38.00 ( TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)






selamat mencuba.........

Friday 18 May 2012

FESTIVAL HARI GURU

Alhamdulillah...berakhir sudah impian kami 3 sekawan berkampung selama 5 hari di Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sempena sambutan hari guru kali ke 41 tahun ini dengan tema GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Peluang ini  di gunakan  sebaik mungkin untuk kami berkongsi perniagaan kami  dengan guru guru semua. Kepada semua guru guru yang sudi mengunjungi gerai kami terima kasih di ucapkan.  


Sempena hari guru ini saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan  bait bait puisi indah karya Allahyarham Dato Usman Awang, untuk tatapan semua.




Sekalung penghargaan terima kasih yang tak terhingga buat En.Azizi, Cikgu Noor Azira, Cikgu Izzalizalora, Pn.Sharifah Rodiah, Pn.Hasnah Awang, En.Ridza Raof, En Meor Jamil, Pn.Maziah Safuan, En.Rasdi, Pn.Nor Shamha, Pn.Asmah, Pn.Ramlah Abas dan semua yang mengunjungi gerai kami.

Tidak lupa juga buat semua warga pendidik di Sek.Keb.Bukit Abal, Sek.Men. Bukit Jawa, Sek.Men.Vokasional Tanah Merah, Kelantan.  Pengorbanan kalian semua tetap kami kenang.



SEBAHAGIAN DARIPADA PRODUK KAMI

e-MUM'S WORKING FROM HOME ( Tudung Kuzie Kuala Limpur, Secret by Hani A.M.N, Emma Beauty)

TEMPAT KAMI BERISTIREHAT( ala ala hotel  di zaman p.ramlee gitu), salah satu bangunan peningalan sejarah yang masih terpelihara.
TUDUNG KUZIE KUALA LUMPUR
SEBAHAGIAN KOLEKSI ENTITI RAMA RAMA
EMMA & AESTHETIC4SKIN




All the best to my lovely friends....



Thursday 3 May 2012

YA ALLAH.....aku sakit!!!!!

Sedarkah   Anda?????


Ketika badan mengeluh dengan berbagai gejalanya, sakit sana, sakit sini, pening kepala, sakit perut, bengkak kaki.......itu semuanya adalah sebahagian daripada tindak balas positive terhadap sistem sel dalam badan kita.

  • Gejala penyakit merupakan cara tubuh memohon perhatian si pemilik tubuh untuk melakukan satu pembaikian nyata yang mana waktu itu tubuh tidak mampu untuk melakukan tugas rutinnya.
  • Gejala penyakit merupakan cara tubuh memohon untuk diberi makan (nutrisi seimbang) yang sesuai dengan keperluannya.
  • Gejala penyakit juga merupakan cara tubuh memohon pembersihan dari penumpukan toksin atau racun (detoksifikasi) dalam badan kita
  • Gejala penyakit juga merupakan satu cara tubuh menuntut haknya yang barangkali sering kita lupakan, seperti kita makan lebih banyak mengikut selera lidah berbanding dengan keperluan tubuh kita.

Berkomunikasilah Dengan Tubuh Anda

BE YOUR OWN DOCTOR
Apabila ada seorang doktor, yang seluruh hidupnya menghabiskan waktu untuk mempelajari keunikan dan kerumitan  tubuh manusia, sebenarnya ia hanya mampu memahami tubuh kurang dari 10% sahaja.
-Dr.Husen A.Bajry.M.D.,Ph.D

ELEMENTS KEHIDUPAN

Tuesday 1 May 2012

SIHAT DI USIA 120 hingga 140 TAHUN

Pelik tapi benar, ini lah hakikat kehidupan bagi ORANG ORANG HUNZA,

Para pengkaji telah membuat satu kajian yang melibatkan masyarakat HUNZA yang mana mereka mampu mencapai jangka hayat hidup antara usia 120 hingga 140 tahun. APAKAH yang menjadi rahsia mereka??????

Tahukah Anda??

 Hasil dari penyelidikan ini mendapati kaum HUNZA mempunyai pola hidup dan makanan mereka tersendiri. Mereka terbiasa menjadikan buah buahan segar, buah buahan kering dan sayuran sebagai menu makanan utama mereka. Mereka jarang makan makanan yang telah diolah atau di masak. Mereka hanya makan sedikit daging dan makanan berlemak.

Mereka  hidup di lereng pergunungan Himalaya, di barat laut Kashmir,terletak di sebelah selatan Pakistan atau di barat daya Afghanistan. Tempat ini dipenuhi udara segar pergunungan yang bebas polusi dengan sumber mata air yang jernih keluar dari bebatuan yang boleh diminum terus tanpa dimasak.

KAUM HUNZA DI PERGUNUNGAN HIMALAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...