Showing posts with label wanita hari ini. Show all posts
Showing posts with label wanita hari ini. Show all posts

Friday, 18 May 2012

FESTIVAL HARI GURU

Alhamdulillah...berakhir sudah impian kami 3 sekawan berkampung selama 5 hari di Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sempena sambutan hari guru kali ke 41 tahun ini dengan tema GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Peluang ini  di gunakan  sebaik mungkin untuk kami berkongsi perniagaan kami  dengan guru guru semua. Kepada semua guru guru yang sudi mengunjungi gerai kami terima kasih di ucapkan.  


Sempena hari guru ini saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan  bait bait puisi indah karya Allahyarham Dato Usman Awang, untuk tatapan semua.




Sekalung penghargaan terima kasih yang tak terhingga buat En.Azizi, Cikgu Noor Azira, Cikgu Izzalizalora, Pn.Sharifah Rodiah, Pn.Hasnah Awang, En.Ridza Raof, En Meor Jamil, Pn.Maziah Safuan, En.Rasdi, Pn.Nor Shamha, Pn.Asmah, Pn.Ramlah Abas dan semua yang mengunjungi gerai kami.

Tidak lupa juga buat semua warga pendidik di Sek.Keb.Bukit Abal, Sek.Men. Bukit Jawa, Sek.Men.Vokasional Tanah Merah, Kelantan.  Pengorbanan kalian semua tetap kami kenang.



SEBAHAGIAN DARIPADA PRODUK KAMI

e-MUM'S WORKING FROM HOME ( Tudung Kuzie Kuala Limpur, Secret by Hani A.M.N, Emma Beauty)

TEMPAT KAMI BERISTIREHAT( ala ala hotel  di zaman p.ramlee gitu), salah satu bangunan peningalan sejarah yang masih terpelihara.
TUDUNG KUZIE KUALA LUMPUR
SEBAHAGIAN KOLEKSI ENTITI RAMA RAMA
EMMA & AESTHETIC4SKIN




All the best to my lovely friends....



Tuesday, 1 May 2012

SIHAT DI USIA 120 hingga 140 TAHUN

Pelik tapi benar, ini lah hakikat kehidupan bagi ORANG ORANG HUNZA,

Para pengkaji telah membuat satu kajian yang melibatkan masyarakat HUNZA yang mana mereka mampu mencapai jangka hayat hidup antara usia 120 hingga 140 tahun. APAKAH yang menjadi rahsia mereka??????

Tahukah Anda??

 Hasil dari penyelidikan ini mendapati kaum HUNZA mempunyai pola hidup dan makanan mereka tersendiri. Mereka terbiasa menjadikan buah buahan segar, buah buahan kering dan sayuran sebagai menu makanan utama mereka. Mereka jarang makan makanan yang telah diolah atau di masak. Mereka hanya makan sedikit daging dan makanan berlemak.

Mereka  hidup di lereng pergunungan Himalaya, di barat laut Kashmir,terletak di sebelah selatan Pakistan atau di barat daya Afghanistan. Tempat ini dipenuhi udara segar pergunungan yang bebas polusi dengan sumber mata air yang jernih keluar dari bebatuan yang boleh diminum terus tanpa dimasak.

KAUM HUNZA DI PERGUNUNGAN HIMALAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...