Friday 25 May 2012

PAK NGAH HERBS

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu dan isteri kepada 5 orang anak. Saya melahirkan anak yang pertama pada 1999 secara pembedahan, Doktor kata anak aku 'Flex Breech' kira kiranya songsang lah...

Siapa yang boleh terangkan kesakitan di waktu ini?????

 Emmmm.......selamba je pergi hospital, tak takut langsung. Siap bercerita lagi dengan Doktor yang bedah tu....Lepas kena bedah! ooooo begini rasanya...sakit!!! nak batuk sakit, nak gelak sakit, nak jalan sakit....semua rasa x selesa untuk beberapa minggu. Sekarang anak yang aku lahirkan dah jadi anak dara pun.
NURFAZRINIE BT RAHIMI


Tahun 2001, nak beranak lagi! kali ni setiap kali ultrasound pun masih lagi songsang sampai lah dah masuk bulan ke 8. Ya  Allah, tahu lah macam mana panic nya saya mengenangkan kesejukan, kesakitan,.. memang nekad tak nak di bedah lagi untuk kali ke dua. Macam macam ikhtiar, jumpa bidan kampung, urut, buah kelapa, tak juga menjadi....Hingga lah suatu hari terdengar dalam Rancangan NONA terbitan TV3 ada menyiarkan segmen pasal BIDAN LELAKI. Apa lagi...cepat cepat saya telefon TV3 , minta sambungkan ke bahagian unit NONA, fuhhh lega. dapat no telefon BIDAN LELAKI ni. Nekad hati memang nak cuba dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari beliau.

Satu tarikh temujanji di buat, masa ni kandungan baby  dah besar sangat..perut pun dah betul betul penuh...BIDAN pun takut nak pusing katanya. Tak pe lah dia cuba sebab saya begitu bersungguh sungguh tak nak di bedah untuk kali ke 2. Boleh tahan juga lah menahan kesakitan, teknik pernafasan yang betul sangat sangat memainkan peranan ketika ini.

Balik je, terus ke klinik, nak scan, betul ke baby ni dah pusing....Alhamdulillah, dah pusing dan Pak Ngah terus 'lock' baby supaya tidak akan berpusing lagi...Sejak dari itu saya terus mendapatkan khidmatan susulan sehinggalah lahir baby...ambik kau..baby boy 4kg!!!!!

MUHAMMAD IZZAT FARHAN B. RAHIMI


Sejak dari itu, saya sentiasa mendapatkan rawatan urut, bekam dan bekalan ubat ubatan herba sampailah lahirnya anak yang ke 5. 

Rupa rupanya pengacara nona, NURFARAHIN JAMSARI pun berbidan dengan Pak Ngah, dan Pak Ngah juga merupakan bidan keluarga mereka sejak dari dulu lagi.

"Menariknya, bidan yang menemani Nurfarahin sepanjang tempoh beliau berpantang bukanlah wanita.
"Haris Fathilah Ahamad atau Pak Ngah yang menjaga saya sepanjang saya berpantang selepas melahirkan keempat-empat anak saya.
"Beliau merupakan bidan dan pakar perubatan tradisional yang memperkenalkan pelbagai petua tradisi, memberi nasihat, membimbing dan mengajar segala yang perlu untuk saya menempuh waktu berpantang dengan selamat," kongsinya yang menyebut kehadiran suami juga penting untuk sokongan emosi dan rohani setiap ibu baru bersalin.
Ditanya sebab beliau memilih bidan lelaki, Nurfarahin meminta agar pembaca melihat situasi ini sebagaimana seorang pesakit wanita mendapatkan khidmat pakar sakit puan dari kalangan lelaki.
"Tambahan, Pak Ngah merupakan bidan kepada keluarga kami sejak lama dahulu. Yang penting saya selesa dengannya. Sekali-sekala ada juga saya berselisih pendapat dengannya, maklumlah saya banyak bertanya," ujar Nurfarahin."



Finally.....
RINIE,IZZAT,AIN, HAIQAL, ANA

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan rakan yang berminat untuk CANTIK DALAM, CANTIK LUAR. dengan mengamalkan adunan herba herba asli Pak Ngah.


RM  38.00 ( TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)



RM 38.00 ( TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)






selamat mencuba.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...