Sunday 3 June 2012

BE YOUR OWN DOCTOR

Kunjungan bersama teman ke Solo, Indonesia  suatu ketika dahulu menemukan saya kepada satu buku yang amat menarik JUDUL nya...iaitu BE YOUR OWN DOCTOR atau dalam bahasa melayu nya ialah TUBUH ANDA ADALAH DOKTOR YANG TERBAIK., Buku ini di balut rapi,tanpa membolehkan saya membelek helaian helaiannya. Namun saya yakin dengan BE YOUR OWN DOCTOR. Judul buku ini saja telah mengambarkan seribu satu persoalan dan rahsia yang harus dan wajar kita ambil tahu tentang tubuh kita. Saya membelinya walaupun harganya mencecah ratusan ringgit.....

Melihat kepada masyarakat hari ini yang semakin hari semakin jauh daripada memahami makna sihat sebenar. Mereka mudah mengerti sihat itu sinonim dengan UBAT dan DOKTOR. Kerakusan iklan di media media masa dan elektronik yang mempromosikan ubat ubatan, banyak memberikan informasi yang tidak mendidik, bahkan merosak pola fikir dan paradigma sihat itu sendiri. Mereka meracuni pola pemikiran masyarakat yang semakin hari semakin jauh dari mengenal karakter tubuh dan memahami makna sihat yang hakiki.Sihat yang hakiki adalah bila mana badan kita tahu bagaimana untuk mencegah penyakit. Seperti mana yang kita semua tahu PENCEGAHAN ADALAH MERUPAKAN DOKTOR YANG TERBAIK DAN TERMURAH. dan PENCEGAHAN HANYA BISA DILAKUKAN OLEH KITA SI PEMILIK TUBUH bukanya oleh doktor dan ubat ubatan.

Lebih menghairankan lagi di zaman moden yang tanpa sempadan ini, dunia kedoktoran semakin canggih, industri farmasi berkembang pesat,hospital hospital bertaraf 5 bintang tersergam indah tapi mengapa 'orang sihatnya semakin langka,  daya tahan tubuh manusia terhadap penyakit semakin lemah.

YOUR HEALTH IS IN YOUR HAND.
"kesihatan mu ada di tangan mu"
ONE OF MY FAVOURITE BOOK....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...