Tuesday 5 June 2012

PERIHAL ANAK DEMAM

Demam tidak selalunya di anggap penyakit.  Ia merupakan  reaksi positif tubuh. Demam boleh terjadi bila mana berlakunya  reaksi positif terhadap tubuh kerana terdapatnya penumpukan toksin ( racun) dalam sistem tubuh yang terlalu banyak. KENAPA, setiap  kali ketika demam suhu badan anak akan meningkat tinggi. Ini adalah kerana sistem tubuh harus menghasilkan ekstra panas dengan peningkatan suhu tubuh dan ini perlu bagi membolehkan sistem tubuh  untuk  membakar/menutralisasikan lebihan toksin yang harus dibuang dan yang tidak boleh di proses dengan suhu normal tubuh.


CARA MENANGANI DEMAM PADA ANAK

  1. Berikan ekstra cairan yang banyak ( banyak minum), agar keseimbangan cairan dalam tubuh tetap terjaga, kerana ketika demam, tubuh melakukan pembakaran cairan lebih cepat daripada biasanya.
  2. Berikan air madu hangat sekerap yang mungkin, lebih baik sekiranya di campur dengan air kelapa muda. CAMPURAN AIR KELAPA MUDA DAN MADU MERUPAKAN FORMULA YANG SANGAT BAIK UNTUK MENURUNKAN DEMAM.
  3. Bila anak tidak mempunyai nafsu makan, jangan dipaksa makan, sebaliknya berikan makanan ringan dan mudah dicerna, seperti berbagai jus buah buahan yang manis ditambah madu.
  4. Perhatikan sistem pembuang air besar jangan sampai sulit dan seharusnya mestilah setiap hari, kerana kebanyakan kes yang berkaitan dengan demam diawali oleh kesukaran membuang air besar atau konstipasi.
  5. Sekiranya ia mempunyai masalah konstipasi, pengambilan jus betik+ melon+madu adalah yang terbaik. Diminum 3 kali sehari.
  6. Jika demamnya cukup tinggi, berikan tuala dingin pada kening, kepala dan ketiaknya atau jika demamnya sangat tinggi, tuala dingin perlu diberikan pada sekujur tubuhnya.
  7. Badan anak tidak boleh ditutup dengan selimut, ini perlu supaya pengaliran udara panas tidak berkumpul di dalam badan.
  8. Memicit pada sekitar kelopak mata bawah, dan alis mata akan membantu menurunkan demam pada anak dan mengurangkan ketidakselesaan di sekitar kepala.
  9. Sekiranya perlu, mungkin boleh mencuba ramuan tradisional dari ( bawang merah dihancurkan dengan minyak kelapa atau baby oil). Ramuan ini perlu dilumurkan ke seluruh tubuh anak.
  10. Ubat demam  hanya boleh diberikan bila demam tidak terkontrol dan perlu diingatkan pemberian ekstra cairan ( banyak minum) sangat sangat membantu.

SETIAP IBU HARUS MENJADI DOKTOR UNTUK ANAKNYA DAN SETIAP IBU HARUS MEMAHAMI KARAKTER TUBUH ANAKNYA.


GET WELL SOON MY DEAR!!!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...