Monday 4 June 2012

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


MAKANAN YANG MEMBANTU MENJAUHKAN KANSER


Kaktus - Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Beri Ginseng - Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.



Biji Anggur - Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyak daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.


GRAPE SEED OIL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...